PROFILE SYARIKAT

Bukan calang-calang bagi setiap orang untuk menjadikan penerbitan mereka menjadi yang ternama di pasaran. Kebanyakkan akhbar-akhbar di negara kita terutama berbentuk kompak atau tabloid ini hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja. Selepas tempoh itu, mereka berkubur begitu sahaja.

Ini amat berbeza dengan tiga penerbitan dari Azom Productions House ini iaitu Media Terkini, Mingguan Misteri serta Kugiran yang kini menjejaki usia ke 15 tahun. Satu tempoh yang cuma lama bagi menguji keanjalan sesuatu penerbitan berbentuk tabloid.
Ramai yang terpegun melihat akan usaha gigih kami memperjudikan nasib di bidang penerbitan seperti ini yang kadangkalanya bagai rumah yang dibina ditepi pantai, yang sering dipukul ombak.

Bagi kami, ungkapan berputus asa langsung tiada dalam kamus hidup kami. Bak kata pepatah, alang-lang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Malah siapa sangka, dengan penerbitan kami ini jugalah begitu banyak jasa dapat ditaburkan. Kami telah melahirkan seberapa ramai penulis yang berwibawa walaupun diawal kemunculan mereka hanyalah seorang budak penghantar surat atau hanya seorang pembaca pruf. Kini mereka lahir bersama wawasan seorang wartawan besar dipersada dunia kewartawanan. Nah! siapa dapat menafikan betapa peranan kami di Azom cukup besar mencurah seluruh tenaga dan bakti kepada negara tercinta!

Usaha gigih dari pengasas Azom, Encik Azhar Haji Omar serta Encik Mohd Rosdi Junid dan juga Encik Zulkifli Yahaya, kini penerbitan Azom semakin gah dipersada mediamassa tanahair.
Lebih memberangsangkan lagi apabila tenaga-tenaga di sebalik penerbitan kami, adalah juga terdiri dari pemimpin-pemimpin jualan langsung yang begitu terkenal di seluruh negara. Peranan besar yang mereka mainkan menggunakan akhbar kami telah berjaya menobatkan sebuah syarikat jualan langsung sebagai antara syarikat terkemuka serta memperolehi jualan melebihi RM15 juta sebulan!


Disebabkan itulah kami mengambil kesempatan ini menggabung tenaga disebalik karyawan akhbar dengan pimpinan jualan langsung untuk menjadikan impian anda sebagai usahawan kami akan tercapai dengan begitu mudah.
 
. © 2008 by AZOMSTUDIO | Re-design AZOMDESIGN